Friday, 24 February 2017

Jenis-Jenis Scaffold atau Perancah

Peranca diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia biasanya diketegorikan kepada keadaan rendah dan tingginya satu –... thumbnail 1 summary
Peranca diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia biasanya diketegorikan kepada keadaan rendah dan tingginya satu – satu binaan itu. Bagi kerja – kerja rendah dan ringan, peranca yang biasa diaplikasikan ialah peranca jenis kuda – kuda, tangga dan pendakap. Manakala peranca yang digunakan untuk pembinaan yang tinggi ialah peranca jenis putlog tunggal, bebas ganda, julur dan peranca bergerak.

Bahan – bahan yang digunakan sebagai pembuatan kepada peranca adalah terdiri daripada kayu bakau, paip besi, aloi aluminium, buluh dan sebagainya. Bahan – bahan peranca hendaklah ditentukan tidak memiliki sebarang kerosakan atau kecacatan. Ini adalah untuk menjaminkan keselamatan pekerja yang menggunakannya.

Pengenalan Scaffold atau Perancah

Peranca ialah binaan bersifat sementara yang berfungsi memudahkan dan membolehkan pekerja – pekerja binaan menjalankan kerja seperti mengik... thumbnail 1 summary
Peranca ialah binaan bersifat sementara yang berfungsi memudahkan dan membolehkan pekerja – pekerja binaan menjalankan kerja seperti mengikat bata, melepa, memasang siling, mengecat dan sebagainya pada tempat yang tinggi dengan selamat. Ia boleh dibina dengan pelbagai kaedah dan bentuk untuk menyesuaikan dengan keadaan dan tempat yang berlainan.

ads